Sunday 27 November 2016

TEMPAT - TEMPAT MENARIK



Tempat menarik di Kinabatangan

Daerah Kinabatangan terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah. Tempat menarik di daerah Kinabatangan ialah:

1.Sungai Kinabatangan.
2.Batu Tulug.


Tempat menarik di Tuaran

Daerah Tuaran terletak dalam Bahagian Pantai Barat, Sabah. Penduduk daerah ini terdiri dari suku kaum Dusun, etnik Bajau, dan kaum Cina. Antara tempat pelancongan di daerah Tuaran yang terkenal ialah bangunan Pagoda Cina setinggi 9 tingkat yang menjadi mercu tanda di Bandar Tuaran. Lain-lain tempat menarik di Tuaran yang boleh dilawati:


Tuaran Crocodile Farm.
Tamu Tuaran - Pasar Tamu yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, kek tradisional, produk tembakau tradisional, cenderamata dan lain-lain lagi.

Linangkit Cultural Village.
Borneo Kellybays.

Kampung Mengkabong - Sebuah perkampungan air yang menarik di Sabah. Perkampungan ini kelihatan seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai.

Kampung Penimbawan - Sebuah lagi air yang terletak di Tuaran dan menjadi tarikan pelancong.


Keterangan gambar: Pemandangan Jambatan Tamparuli yang terkenal.


Tempat menarik di Tambunan

Daerah Tambunan meliputi kawasan tanah tinggi Banjaran Crocker yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah. Penduduk di daerah ini kebanyakannya terdiri dari kaum Dusun. Gunung Trus Madi, iaitu gunung yang kedua tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,462 meter terletak di daerah Tambunan.

Sawah padi di Tambunan - Pemandangan sawah padi yang menarik di kiri-kanan jalan di Tambunan, Sabah.
Rafflesia Information Centre.
Gunung Trus Madi - Gunung setinggi 2,462 ini merupakan gunung yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.
Mat Salleh Memorial - Tugu pahlawan Sabah, Mat Salleh, yang menentang penjajah British pada kurun ke 19.



Keterangan gambar: Pemandangan Jambatan Tamparuli yang terkenal.

No comments:

Post a Comment