Saturday 26 November 2016

DESTINASI PELANCONGAN NEGERI SABAH

DESTINASI PELANCONGAN NEGERI SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..Hari Ini saya akan menceritakan tempat - tempat menarik di negeri sabah ..


Negeri Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Dalam sektor pelancongan, Sabah terkenal dengan alam semulajadi yang cantik dan juga kebudayaan pelbagai etnik yang tinggal di negeri ini. Dalam artikel ini, anda akan diperkenalkan dengan tempat menarik di Sabah mengikut daerah, lokasi percutian dan tarikan pelancongan seperti kebudayaan penduduk tempatan, kesan peninggalan sejarah serta aktiviti menarik yang terdapat dalam daerah tersebut.


Pengenalan Sabah

Sabah, Negeri di Bawah Bayu, adalah negeri yang terkenal dengan kecantikan alam semulajadi. Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Malaysia terletak di negeri Sabah. Ia menjadi tarikan para pendaki gunung dari seluruh Malaysia dan juga luar negara. Hutan Taman negara Kinabalu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO kerana mempunyai berbagai spesis tumbuhan dan keadaan geologi, topografi serta iklim yang unik. Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Lembangan Maliau, Lembah Danum, Tabin, Imbak Canyon dan Sepilok sangat kaya dengan flora dan fauna Hutan Hujan Tropika yang masih belum diterokai kini dipelihara dan dijadikan Hutan Simpan.





Keterangan gambar: Pakaian kebudayaan di Sabah.




Terdapat kira-kira 30 kaum dan etnik pribumi yang hidup secara hormoni di Sabah. Populasi penduduk tahun 2010 yang ada di Sabah ialah:

Kadazan-Dusun - 17.82%.
Bajau - 14%.
Melayu Brunei - 5.71%.
Murut - 3.22%.
Lain-lain bumiputera - 20.56%. Sila lihat *Nota dibawah.
Cina - 9.11%.
Lain-lain - 29.31%.
Nota: Lain-lain bumiputera yang ada di Sabah ialah kaum Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang dan Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino dan Jawa.



Keterangan gambar: Peta Bahagian di Sabah.

No comments:

Post a Comment