Sunday, 27 November 2016

MAKANAN



3. SAYUR CAMPUR – DUSUN



Sayur Campur
Simple seja nama dia. First time dingar saya ingat sayur campur? Macam selalu seja saya bikin sayur campur masa hidup membujang sana KL masak sayur terjun! Tapi ini nama sudah sinonim sama ini sayur yang kombinasi asas dia ialah:

Batang tu daun bawang
Bunga Kantan
Lada Putih
Ikan Masin
Garam sama minyak

Dari kau seja lah apa mau campur. Ada yang kasi masuk ayam juga. Daging pun bulih. Yang penting ada tu sayur asas dia semua supaya ada feel dia. Tapi kalau saya, ikan masin juga lah paling manang! Mau ikan masin yang lebih kualiti lebih bagus!


4. BINTANOK JAGUNG – RUNGUS



Bintanok Jagung
Ini macam stail kuih kukus dia. Baca tajuk pun tau sudah la memang bahan dia pakai jagung. Macam kuih lepat semenanjung gitu. Tiada campuran tepung juga. Siurang ada cover pasal ini Bintanok Jagung di sini klau kau mau baca lanjut.

5. KUIH KELUPIS – MELAYU BRUNEI



Kuih Kelupis
Kalau ikut stail Sabah becakap, biasa akan jadi bunyi ‘Kolopis’. Ini kira kuih untuk makan petang-petang kah, atau time melawat kawan-kawan masa Hari Raya ka apa. Pasangan dia paling ngam ialah ayam rendang ka atau sambal kah.. ui lapar.. Ini barang ni bahan asas dia ialah beras pulut lah. Kau pun mau ada santan, garam sama pandan. Simple saja ini barang bahan dia. Daun kana bungkus pakai tu ‘daun nyirik’ dorang panggil. Antah apa tu. Kamu Google lah. Ha! ha!

6. PINASAKAN – KADAZANDUSUN



Pinasakan
Kalau Dusun panggil ‘Pinarasakan’. Kalau Kadazan ‘Pinasakan’ for your info. Ini barang ni paling bikin lapar ni. Time-time kalau baru kana masak ni, wap-wap dia keluar dan kasi wangi rumah.. aduiii tetamu yang datang pun trus kelaparan. Makan tu kerupuk yang kana hidang pun makin bikin lapar. Mungkin bukan semua suka bau dia, tapi kalau setakat Orang Sabah seja, 90% mesti suka aroma dia. Ikan kena la pakai Ikan Basung baru ngam. Kalau di jaman dulu-dulu masa urang-urang kampung kena jalan jauh-jauh sebab mau buat sistem barter, dorang kena la bawa bekalan makanan kan? Tapi itu musim mana lah ada kotak ‘cooler’ yang buli simpan ais semua tu daging-daging sama ikan? Ini salah satu masakan yang bulih tahan lama. Dingar cerita ada sampai 2 minggu pun bulih makan lagi masih! Ini ikan kana rebus sama air sampai dia jadi kering. Jadi rasa-rasa dia semua suda masuk dalam tu ikan dan since dia consider ‘kering’ so tahan lama sikit lah. Lagipun garam banyak juga so tu bakteria pun lambat siikit mau berparty. Dan haruslah makan sama nasi!



No comments:

Post a Comment