Sunday, 27 November 2016

TEMPAT - TEMPAT MENARIK


MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN


ALIFAKMAR_TRAVEL SDH BHD


Lot G29, Ground Floor, Wisma Sabah, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Kota Kinabalu
www.borneoultimate.com.my
Nomber perjabat : 088-225 188


TEMPAT - TEMPAT MENARIK

Dibawah ini ialah senarai tempat menarik di Sabah yang kami susun mengikut daerah sebagai panduan untuk anda merancang percutian ke Negeri Dibawah Bayu ini.


Tempat menarik di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah. Dahulunya dikenali dengan nama Jesselton. Disini terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang menjadi tarikan pelancong. Antara tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dilawati ialah:

Jesselton Point Waterfront - Terminal feri utama di Kota Kinabalu yang membawa pelancong ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan juga trip ke Labuan. Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang harus dilawati. Selain menawarkan pemandangan indah ditepi laut, jeti ini sangat cantik dan kawasannya begitu bersih. Antara lain yang terdapat disini ialah deretan kedai makan, kedai kraftangan dan lain-lain.

Aquarium & Marine Museum - Pusat pameran akuarium yang terbaik di Pulau Borneo yang mengandungi lebih 150 spesies hidupan laut termasuk 30 spesies batu karang. Antara yang ada disini ialah pameran hidupan laut, Pusat Pameran Terumbu Karang, Pejalan kaki Paya Bakau, Muzium Maritim dan Marin Kontemporari, Kiosk Maklumat Multimedia Interaktif dan lain-lain.
Atkinson Clock Tower - Menara jam bersejarah ini dibina pada tahun 1905 bagi memperingati Francis George Atkinson, iaitu pegawai daerah Jesselton (Kota Kinabalu) yang pertama. Menara ini dibina berasaskan kayu dan tetap teguh hingga ke hari ini walaupun telah melalui zaman perang dan juga beberapa penambah-baikan.

Australia Place - Antara tempat bersejarah yang ada di Kota Kinabalu dan merupakan salah satu lokasi Heritage Walk di bandaraya ini.

Borneo Art Gallery - Galeri yang mempamerkan koleksi lukisan anak tempatan dan juga beberapa lukisan dari pelukis filipina dan Indonesia. Bagi peminat senilukis, Borneo Art Galeri yang terletak di Kompleks Asia City adalah lokasi menarik yang mesti dilawati. Lukisan juga adalah untuk jualan.

City Mosque - Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di tepi laut Teluk Likas merupakan sebuah masjid yang mempunyai rekabentuk menarik menyerupai Masjid Nabawi di Madinah. Merupakan antara masjid yang paling cantik di Malaysia, masjid ini boleh memuatkan sehingga 12,000 orang.

Double Six Monument - Memorial yang dibina bagi mengingati kemalangan kapal terbang pada 6 June 1976 yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan enam orang yang lain. Double Six Monument ini dibina diatas kawasan kemalangan itu berlaku.

Gaya Street Sunday Market - Juga dikenali sebagai Pasar Tamu Jalan Gaya, merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong di Sabah. Ia adalah sebuah pasar terbuka yang menjual pelbagai barangan tempatan dengan harga murah.

Handicraft Market - Kawasan membeli-belah yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephens ini cukup terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Berbagai barangan dijual termasuk kain, mutiara, beg, barangan kraftangan serta bermacam-macam lagi.

Kadaiku Handicraft - Terletak di Kompleks Sinsuran, Kadaiku Handicraft menjual pelbagai barangan kraftangan Sabah termasuk produk penjagaan diri, produk sulaman, makanan dan minuman serta berbagai barangan kraftangan tradisional dari etnik yang ada di Sabah.

KK Esplanade - Terletak ditengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu, KK Esplanade ialah lokasi menarik berlatar-belakangkan pemandangan indah bandaraya dan juga panorama laut yang memukau. Disini tersedia bangku untuk pengunjung, tugu ikan lumba-lumba dan pelantar laut yang luas. Pemandangan indah disini begitu menakjubkan dan salah satu lokasi bergambar yang cukup menarik di Kota Kinabalu.

KK Heritage Walk - Ia adalah perjalanan melawat lokasi-lokasi mena

No comments:

Post a Comment